
Assalamualaikum..Saya mengucapkan Selamat menduduki PMR untuk semua pelajar-pelajar tingkatan 3 SMKBR, dan cikgu doakan agar semua dapat mencapai kejayaan. Ingatlah kunci kejayaan adalah bersumberkan keredhaan ilmu yang kita perolehi dari guru kita. Sebelum memasuki dewan peperiksaan banyak-banyaklah kita beristighfar dan mengingati Allah agar semasa kita menjawab soalan yang diberikan dengan teratur dan bernas.
Apa yang paling utama adalah kita jangan menyimpan perasaan benci sesama kita kerana membenci atau dengki kepada orang lain akan menutup pintu hati kita. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud "Janganlah kamu benci-membenci, Janganlah kamu dengki-mendengki, Janganlah kamu belakang-membelakangidan hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara" (H.R al-Bukahri)
Akhir kata cikgu mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR dengan hati yang tenang dan semoga berjaya.